Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


kayu manis! gambar saya google yer..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
kayu manis gambar
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 9-Aug-2009 13:33
Cara nak ngelak dari virus H1N1!
Assalamualaikum & salam sejahtera semua!

Apa khabar semua pengunjung fotopage ini? hendaknya sihat sentiasa dan dijauhkan dari penyakit berjangkit.. Sedar tak sedar sudah hampir setahun ye saya tak update fotopage ni. Lama jugak tu... sebenarnya saya rindu jugak nak nak berfotopage ni, tapi masa tidak menyebelahi saya.. Memang bz sangat skrg ni. Oh, ya! Sekarang ni saya masih berada di Jinhae, Korea. Orang Malaysia ni, kebanyakkannya tau pasal Seoul, Busan & Pulau Jeju jer.. Jinhae ni bersebelahan dengan bandar Busan. Saya suka jugak dgn bandar ni pasal aman sikit & tak panas sangat.. Ni musim panas ni, tapi angin still sejuk.. Yang tak bagusnya, bila kejap sejuk kejap panas ni, asyik sakit jelah kita, kejap selsema.. sepanjang hidup anak2 saya ni, tak pernah saya lihat mereka selsema teruk. Risau jugak saya pasal 2 minggu lepas ketiga-tiga anak saya demam & selsema teruk, maklumlah sekarang virus H1N1 ni kan tengah teruk & gigih menjangkiti manusia.. nasib baik takde pape..

Ok, berbalik pada tajuk di atas, saya akan terangkan cara nak ngelak dari virus ni dengan cara tradisional. Insya allah, jika kita yakin akan boleh mengelakkan dari terkena penyakit ini. Apa yang saya faham tentang virus H1N1 ni, ianya berkaitan dengan antibodi manusia. Jika antibodi kita lemah, memang teruk kita kena dan boleh membawa maut. Jadinya, bila kita demam, cepat2lah cari penawarnya sebabnya salah satu tanda penyakit ini ialah demam, selsema & batuk. Sebelum tu, saya nak pembaca baca cerita benar yang saya dapat dari email . Orang ni berkongsi pengalaman mengenai adiknya sendiri yang terkena virus H1N1 ini :

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya...All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.

Take care You & Your Family


Bila dah baca true experience di atas ni saya harap anda semua faham tentang penyakit ini. Memang antibodi kita yang kena kuatkan. Lebih baik mencegah dari mengubati. Seperti biasa, saya rujuk pada atuk saya tentang ubat-ubatan & penyakit zaman sekarang ini.

Salah satu cara untuk mengelak dari virus H1N1 ni adalah kayu manis! Iyer tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kayu manislah ubatnya! Rupa-rupanya kayu manis boleh menguatkan antibodi kita. Caranya adalah dengan memasak 2-3 batang kayu manis dengan sekole air. Masaklah sehingga air tinggal separuh. Lepas itu, untuk dewasa diminum 1 sudu besar setiap pagi dan malam. Untuk kanak-kanak 2-10 tahun, 1 sudu kecil pagi dan malam, untuk bayi sehingga 2 tahun - hanya 2-3 titis sahaja pagi & malam. Kalau rasa badan panas sangat, minumlah pada waktu pagi sahaja.



Disini saya quotekan kembali mengenai khasiat kayu manis yang saya pernah saya tuliskan dahulu;

KHASIAT KULIT KAYU MANIS

Kali ini saya nak bercerita tentang khasiat kulit kayu manis ini. Sebenarnya ramai antara kita yang tak tau, tapi, khasiatnya telah diketahui oleh orang2 tua. Antara kebaikan kayu manis ini ialah membuang angin dalam badan, membuatkan darah berjalan dengan lancar dan membuatkan badan sihat & bertenaga..

Saya dah tengok kesan kulit kayu manis ni pada 2 orang iaitu mak saya sendiri dan seorang nenek ni. Macam mak saya, dia ada darah tinggi yang tinggi juga bacaannya, iaitu 200 lebih. Menurut atuk saya, selalunya pada bacaan ini pesakit boleh kena stroke ataupun koma. Mak saya pun kena tahan hospital beberapa hari. Doktor juga mengesahkan ada lemak di jantungnya, saya kurang pasti adakah ini yang dipanggil kolesterol.. (Dr Phalinn, sila sahkan!)

Jadinya, atas nasihat atuk saya, bagi mengawal penyakit darah tingginya, mak saya kena berpantang makan nasi setahun & tak boleh makan makanan berminyak, berlemak & bergaram.. Selama ini mak saya suka makan2, tiba-tiba dia kena makan, sup tawar, roti wholemeal, biskut kering rendah garam, milo kosong & makanan yang serba serbi yang tawar.. Kesian jugak bila tengok dia kena makan camtu, tapi apa nak buat, demi kesihatan, lagipun setahun jer..Biskut kering sentiasa ada dlm handbagnya.. Terus turun 6kg dalam masa 2 bulan dan mak saya dapatlah menggayakan pakaian2 lamanya... Bila makan kat luar bersama-sama kami, dia tak dapat makan2 sama, tak sampai hati kami dibuatnya..

Untuk mengubat lemak dalam jantung tu, atuk saya telah menumbuk kulit kayu manis, blend sampai jadi halus & dan masukkan dalam kapsul untuk dijadikan ubat pada mak saya. Sehari sebiji kapsul yang perlu diambilnya. 2, 3 bulan kemudiannya, pergi check-up di hospital, doktor pun terperanjat tengok lemak di jantungnya dah takde, doktor kata, selalunya ada tinggal sikit2, tak hilang langsung.. syukur alhamdulillah! Badan mak saya pun makin sihat. Bila saya tengok kesannya pada mak saya, saya pun makan sama, tapi kesannya lain pulak pada saya, jerawat keluar, agaknya badan panas. Bila saya tanya pada atuk saya, dia kata tu proses pemulihan. Saya tak sanggup nak menunggu proses pemulihan ni jadinya saya berhenti, waktu ini saya masih di jepun lagi. Mungkin saya hanya perlu ambil 1/2 kapsul, bukannya 1 kapsul macam mak saya.. Tapi yang saya perasan masa saya makan kulit kayu manis ni, muka saya merah sikit, agaknya perjalanan darah dah ok kot..

Seorang lagi yang saya tengok kesan kulit kayu manis ni ialah seorang nenek yang berumur 80 tahun. Dia selalu datang kerumah atuk saya berziarah. Nenek ini heavy smoker, badannya kurus saja, tapi sihat, siap boleh pergi oversea menjenguk anak2 yang berhijrah kesana. Pendek kata, tak padan dengan usianya dan selalunya heavy smoker dari muda ni, bila dah tua macam2 penyakit yang ada.. Masa dia datang ke rumah atuk saya pun rokoknya tak lekang di tangan.. Bila saya tanyakan pada atuk saya mengenai keadaanya, dia kata nenek tu makan serbuk kulit kayu manis setiap hari. Selalunya dia asah pada bontot pasu untuk menjadikannya serbuk. Dah 8 tahun dia makan, alhamdulillah takde penyakit apa-apa..

Atuk saya kata kebanyakkan serbuk kayu manis yang ada dijual di kedai dah dicampur dengan bahan lain, jadinya elok buat sendiri.. Kulit kayu manis ni, rasanya pun manis jer, tak pahit & payau! Begitulah ceritanya khasiat kulit kayu manis ni.. Kalau nak bercerita pasal khasiat herba2 ni, memang tak habis sehari semalam, memang banyak sangat kegunaanya tapi saya banyak dah lupa. Ni nak kena tanya balik pada atuk saya ni, tapi tulah, takut kena marah pasal dia dah cerita banyak kali.. hehe..


Ini adalah pembuka entry saya, entry masakan yang lain akan menyusul, insya allah! Bila ada kelapangan saya akan update lagi, punyalah banyak resepi & gambar baru yang tengah tunggu untuk diupload! Saya harap anda semua memanfaatkan sebaik-baiknya khasiat kayu manis ini, satu anugerah Allah untuk manusia! Banyak lagi rahsia herba yang kita tak tau. Sesiapa yang nak copy entry saya ini untuk disebarkan kepada orang lain, silakan, saya bagi kebenaran, tapi kreditnya hendaklah diberi kepada saya. Saya ada jugak terjumpa beberapa entry saya di blog orang lain.. Tak baiklah camtu, saya yang susah payah tulis pasal ini.. Oklah, hingga bertemu di entry yang akan datang...

sekian pada hari ini,
-zakiah z-

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.